Social Icons

TEST

Jumaat, 15 Januari 2010

Cara Solat Sunat Kusuf (Gerhana Matahari)

** Waktu Solat Gerhana Matahari iaitu dari timbul gerhana itu sampai matahari kembali sebagaimana biasa atau sampai terbenam.

Cara Mengerjakannya :

1. Solat 2 rakaat sebagaimana solat biasa boleh dilakukan secara bersendirian, tetapi lebih utama dilakukan secara berjemaah.

2. Solat 2 rakaat dengan 4 kali rukuk dan 4 kali sujud. Pada rakaat 1 sesudah rukuk dan iktidal bacalah surah al fatihah lagi, kemudian terus rukuk sekali lagi dan iktidal lagi kemudian terus sujud sebagaimana biasa.

Pada rakaat ke 2 juga dilakukan seperti pada rakaat 1. Dengan demikian solat gerhana itu semuanya ada 4 kali rukuk, 4 kali membaca al-Fatihah dan 4 kali sujud.

Bacaan al-Fatihah dan surah dalam solat gerhana matahari tidak boleh dinyaringkan. Pada tiap2 rakaat disunatkan membaca surah2 panjang.

** Jika SOLAT GERHANA ITU DIKERJAKAN SEPERTI SOLAT BIASA IAITU 2 RAKAAT DENGAN 2 RUKUK MAKA SAH SOLATNYA.

Lafaz Niatnya :

-usolli sunnatal kusuufi rak'ataini lillahi ta'ala
"aku solat gerhana matahari 2 rakaat kerana Allah taala"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.